Header Ads

Header ADS

PELAKSANAAN ELAUN MURID KHAS FASA 1 2015

Untuk makluman tuan/puan,  pelaksanaan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) Fasa Pertama Tahun 2015 akan diteruskan seperti butiran di bawah:

PERKARA
TARIKH
Permohonan EMK (secara online-SISOKU) Oleh sekolah
16 Februari 2015 – 15 Mac 2015
Pengesahan Permohonan oleh Bahagian / JPN
1 Mac – 15 Mac 2015
Pembayaran oleh Bahagian / JPN
1 April 2015
Tempoh permohonan EMK ini ditetapkan dengan mengambilkira proses pengemaskinian maklumat dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) pada Januari – Februari 2015.

Setiap sekolah yang mempunyai murid Orang Kurang Upaya (OKU) perlu mengunci masuk maklumat murid OKU (bagi permohonan baru) dan mengemaskini data murid OKU (bagi permohonan sedia ada) ke dalam sistem atas talian EMK http://sisoku.moe.gov.my/ bagi membolehkan pembayaran dibuat kepada murid yang layak. 

Pembayaran tidak akan dibuat bagi sekolah yang tidak mengemaskini permohonan tahun semasa. Bagi kes penggantian kad OKU, pihak sekolah hendaklah memasukkan nombor kad OKU yang baru dan tarikh kad OKU yang asal.

Bagi kes permohonan tercicir EMK 2014, boleh mengemukakan permohonan terus kepada Unit Pendidikan Khas Negeri Kelantan.

Segala pertanyaan,  sila hubungi En. Hasnor Rizal bin Hassan di talian 09-7418091 / 012-3134548. 


Powered by Blogger.