Header Ads

Header ADS

PERMOHONAN PESANAN BUKU TEKS (BT) DAN BUKU AKTIVITI (BA) PENDIDIKAN KHAS BAGI KEGUNAAN TAHUN 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang mengumpul data permohonan pesanan buku teks (BT) dan buku aktiviti (BA) Pendidikan Khas bagi kegunaan tahun 2016.


    Sehubungan dengan itu, jasa baik pihak tuan/puan adalah dipohon untuk melengkapkan Borang Pesanan Buku Teks berkenaan mengikut kategori Pendidikan Khas Integrasi yang dijalankan di sekolah tuan/puan sekarang. Borang Pesanan boleh dimuat turun pada pautan di bawah. 

   Manakala borang pesanan yang telah lengkap (softcopy),mestilah dihantar melalui emel kepada pkhaskelantan@gmail.com pada atau sebelum 26 Mac 2015.

   Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Pendidikan Khas, JPN Kelantan di talian 09-7418087 atau En. Mohd Nawi bin Awang Senik di talian 012-9008482.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Powered by Blogger.