Header Ads

Header ADS

UNJURAN PENAWARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN VOKASIONAL, KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) PENDIDIKAN KHAS

Untuk makluman tuan/puan, pelaksanaan KSSM Pendidikan Khas secara berperingkat-peringkat
bermula dengan Tingkatan Satu pada tahun 2017 telah diluluskan oleh Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 1/2015 pada 5 Februari 2015.

Sehubungan dengan itu, Usaha sedang giat dijalankan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum bagimemastikan kelancaran pelaksanaan kurikulum tersebut. Antara maklumat yang
diperlukan bagi mencapai hasrat ini termasuklah unjuran penawaran matapelajaran vokasional
oleh pihak sekolah. Maklumat ini penting dalam membuat perancangan seperti pembekalan
tenaga pengajar, buku teks, bahan dan peralatan, serta keperluan prasarana.



Jasa baik daripada pihak tuan/puan diharapkan dapat mengisi dan mengembalikan
lampiran 3 dan lampiran 4 yang telah dilengkapkan kepada Unit Pendidikan Khas,
Jahatan Pendidikan Negeri Kelantan untuk perhatian Puan Juhairah Juzaillah Bt
Abdullah , Penolong Pengarah Pendidikan Khas, di no fax 09-7418094 atau email kepada
jue679@gmail.com selewat-lewatnya pada 28 Mei 2015



Surat Iringan
Surat BPK dan Borang
Powered by Blogger.